Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


mama,tia,mia and boy siap sedia nak jalan2 tengok sungai
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
mama tia mia and



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Thursday, 18-Dec-2008 03:28
QURBAN, DECEMBER 2008
Haa..haaa.. semua bising kita tak update FP yer LOL LOL

Satu memang la sibuk,duanya FP kita ni masih ada masalah meng upload gambo,thirdly kita tak bawak camera balik kampung masalah hilang menghilang itu ini lah jugak..so gambar ni semua courtesy dari gambar2 kat FP my sister, maklang Tia and Mia (uwokkampung.fotopages.com).

Best dan syukur banyak2 lah tahun ni raya Qurban.. we all balik kampung dan buat Qurban untuk keluarga- 7 bahagian lembu, 4 untuk my sister,anak2nya, Boy,Ayan and Amir dan 3 bahagian lagi myself and Tia and Mia. Moga diterima Allah Swt Qurban kami.Amin. Orang yang menguruskan semua adalah Pakcik (abah kak ikin) dan dibantu oleh husband kak ikin-abang Din,terima kasih banyak2 ye kami ucapkan.Ye lah bukan senang nak uruskan semua dah semua duduk KL,rumah uwan pulak tinggla macam tu jer, everytime nak balik pakcik kena contact orang kat kampung untuk mesin rumput,clear halamn rumah dan untuk Qurban ni pakcik lantik the same person Abang Bahrain yang uruskan Aqiqah Tia and Mia dulu,dialah yang carik lembu kuning langsat yang gemuk,sediakan canopy,pekerja,tukang sembelih lembu..dari menyembelih hingglah distribute daging semua berjalan lancar.

Siapa paling happy balik kampung? Selain Mama Tia nad Mia of course la uwan..lepas lah rindu dia kat rumah..sian uwan tak henti2 buat kerja hilang penat dan letih.Semua orang pun seronok,kak ikin and ayan buat cake batik,menu raya haji pulak simple jer..kita orang tempah lemang dan rendang kat sedara dah tu buat nasik impit kuah kacang dan lodeh..lainnya semua menu daging,sup tulang,gulai cili padi masak serai daging,daging masak kicap..daging2 non stop..bila masak maggi..hmmm semua orang suka.Tia and Mia pulak seronok la jalan2 kat kampung,kutip bunga liar, tengok sungai,jambatan,lari sana dan lari sini.

Tahun ni la pertama mama tak masak..semua serah kat Maklang,Kak Ikin and the 2 pembantu..hmmm seronok mama LOL LOL hari Ahad tu bila sampai kampung dah masa lunch time..tengok dah terhidang kat meja maklang masak lemak cili padi gulai ayam pencen, rebus bayam,sambal bilis petai kak ikin,sambal asam ikan bilis,ulam2 segar..adus sedap betul makan..papa sampai tambah 3 pinggan,sambal bilis petai tu buat selera papa terbuka betul..hmmm semua sedap timakasih tukang masak..bila malam pulak kita orang goreng kunyit udang galah segar Kuala Pilah tambah telur dadar,rendang ayam kampung Kak esah..wah camana nak diet semua sedap.Rumah uwan yang atas bukit dengan kabus berkepul..cuaca yang dingin buat selera makan jadi besar.

Aktiviti banyak la yang kita buat..semua layan Tia and Mia..kita jenjalan kat Kuala Pilah..kak ikin lak macam biasa nak makan cendul Berahim kat Pilah.Pagi Qurban tu mama ingat nak bawak you all pergi surau,hujan lebat pulak so kita lepak kat rumah je la..mama suruh auntie heni (pembantu) pi surai jerr..tumpang papa..sian dia asyik buat kerja jer..biarlah dia rasa sembahyang raya.Balik surau kita pun turun kat bawah sebab abang Baharin dah get ready nak start Qurban..you all pun mama bawak turun tengok lembu..tapi masa sembelih mama tak tengok sebab takut. Dah siap sembelih ada hidangan untuk semua pekerja..daging pun dibahagikan.Dah dapat bahagian tuan rumah kita pun buat sup tulang tu...mama pun bagi you all rasa daging Qurban you all..sedap rasanya manis dan tak berbau dah tu daging tu lembut jer...lunch tu kita buat sambal kicap taruk cili padi dan asam limau..wahhh cicah sup tulang yang lembut..kena asam,pedas dan kicap..tak boleh berenti suap kat mulut..sedap betul..you all suka makan dengan macaroni.

Macam tu la seronoknya raya Qurban tahun ni,semua orang berbudi pada each other,anggota keluarga kita tolong menolong,memberi dan menerima kasih..dalam suasana macam tu apa kekurangan kat kampung pun tak terasa..buat kerja tak terasa penat..semua demi kasih sayang.Moga kita dapat buat lagi di tahun depan..moga semua orang dirahmati Allah, ada tenaga kesihatan dan rezki untuk berkumpul..terasa kuat keluarga kita,terasa meriah terasa dihargai dan disayangi..itulah yang paling penting dari dari apa bentuk material pun. ;-) ;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.